Setelah membaca blog Shakir, saya mendapati bahawa Bahasa Melayu yang beliau gunakan begitu memberangsangkan dan menakjubkan. Jadi dalam 'entry' ini, saya akan cuba untuk mengikuti jejak langkah beliau.
Pada hari sabtu yang lepas bersamaan 25 April 2009,29 Rabiulakhir 1430, Afif dan saya telah membawa diri ke Mozac pada pukul 8.30 tepat. Setelah sampai, saya pergi ke tempat pendaftaran dan telah menerima Majalah Pembina. Selepas itu, sepatutnya dijangkakan seramai 38 orang 'penjaring-penjaring' SPM harus berkumpul di Dewan Sultan Muzaffar Syah, Mozac. Akan tetapi oleh kerana ketiadaan seorang, maka tidak lengkap seoranglah. Walaupun begitu, majlis tetap diteruskan jua.
Selepas mengambil tempat masing-masing, kami berborak-borak antara satu sama lain disebabkan sudah lama tak berjumpa sejak 12 Mac bagi sebahagian daripada kami. Tepat pukul 10 pagi, barulah majlis bermula. Kerusi kami pun sudah panas menunggu. Seperti majlis-majlis tipikal yang lain, majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku',bacaan doa, dan ucapan-ucapan.
Dalam pertengahan majlis, tiba-tiba ada seekor maskot A&W telah sesat. Ramai kanak-kanak kecuakkan, malah ada yang gembira dalam gabra. (Gubra?)
Takut tak?Seperti rakan-rakan yang lain, saya terpaksa menunggu hampir satu jam untuk memberi laluan kepada 88 orang pelajar cemerlang PMR. Kami tidak menyalahkan mereka kerana cemerlang, tetapi dalam majlis yang lain tolong percepatkan perjalanan ke atas pentas. Tetapi pelajar-pelajar SPM yang menerima anugerah pun lebih kurang sahaja. Selepas menerima anugerah, terdapat sesi bergambar di luar dewan. Ya, di luar dewan ketika majlis masih belum habis.
Pemuda-pemuda yang tiba-tiba jadi kemas bergaya

Bersama Cikgu Lee yang mengajar subjek moral. Walaupun sebahagian daripada kami tidak belajar moral, tetapi tidak mengapa.
Naqib, Anas
Tukang-tukang padam papan putih 5 Beta sesi Jan 08-Nov 08
Keseluruhannya hari kecemerlangan ini boleh tahan semuanya. Keseronokkan berjumpa rakan-rakan, tahap menu makanan yang menyelerakan dan mendapat RM60 daripada sekolah menjadi faktor-faktor utama. Walaubagaimanapun, terima kasih cikgu-cikgu 0408.
Pemuda-pemuda yang tiba-tiba jadi kemas bergayaBersama Cikgu Lee yang mengajar subjek moral. Walaupun sebahagian daripada kami tidak belajar moral, tetapi tidak mengapa.
Tukang-tukang padam papan putih 5 Beta sesi Jan 08-Nov 08
Selepas sesi bergambar tamat, hampir sebahagian daripada kami pergi ke Dewan Makan sekolah untuk menjamu selera. Saya bertemu dengan guru-guru yang telah mengajar saya. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk melawat ke Aspuri dan Aspura bersama-sama rakan-rakan yang lain.
Menurunkan amanat di sebuah locker di aspuri.Keseluruhannya hari kecemerlangan ini boleh tahan semuanya. Keseronokkan berjumpa rakan-rakan, tahap menu makanan yang menyelerakan dan mendapat RM60 daripada sekolah menjadi faktor-faktor utama. Walaubagaimanapun, terima kasih cikgu-cikgu 0408.


5 comments:
huhu..
thanx tlg padam papan itam..
kepada yg lain2 yg pnah berkhidmat untuk i2,tq jgk..
yg berat b*****,jgn jd pemalas..
=)
no prob..thira nyer pasal nak blaja..bleh je kiteorg tolong padamkan..hehe
wa~
bagush2..
jom kte kembangkan lagi stail penulisan camnie..
klakar dowh..
"yang tiba-tiba kemas bergaya"
hahahahah!!!!
hello.
ex-mozac?
knal alia.?
hi
yep knal2..adik aku
Post a Comment